IPOH: Seorang jurukimpal dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin pintu depan rumah milik bekas isterinya, Selasa lepas.
Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Shariman Zul Kapri, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin pintu depan sebuah rumah, menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian lebih RM25.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Pinji Indah, Ipoh, kira-kira jam 9 pagi, pada 4 April lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam G. Harbajan Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Pada prosiding berasingan, Mohd Shariman didakwa memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badannya, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 6.15 petang, pada 5 April lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dan menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan laporan patologi.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 10 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. - Astro AWANI
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.
Tongkang terbakar: Seorang jurukimpal maut, lima masih terima rawatan
Yaser Abdullah meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.
Jurukimpal mengaku tidak bersalah rogol remaja OKU
Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun itu di sebuah rumah di Bachok pukul 4.45 petang pada 27 Jun 2020.
Jurukimpal rogol kanak-kanak OKU dipenjara 25 tahun, 20 sebatan
Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.
Jurukimpal maut tersepit paip keluli
Kejadian berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.
Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal
Bagaimanapun pasangan adik beradik itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.